Julmazli Dot Com

Dimana Dunia Online Dan Offline Bertemu..

By Julmazli Dempollok

Tip Penjimatan Dalam Menjalani Ramadhan Al-Mubarak 2010

SAYA mulakan entri kali ini dengan sepotong hadis Rasulullah s.a.w. :

Puasa itu adalah benteng, oleh itu apabila kamu berpuasa maka janganlah kamu berkata keji dan berbuat nista, jika ada orang mencela kamu atau mengajak kamu bergaduh maka katakanlah kepadanya, “Saya sedang berpuasa”. Demi Tuhan yang nyawa Muhammad dalam genggaman tangan-Nya (kuasa-Nya), sesungguhnya bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi. Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan, pertama; kegembiraan ketika berbuka dan kedua; kegembiraan ketika bertemu dengan Tuhannya kelak.

(riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim).

tip penjimatan semasa bulan puasa

Semoga Ramadhan kali ini membawa lebih keberkatan dalam kehidupan anda sekeluarga. Selamat menjalani ibadah puasa sempena kehadiran bulan Ramadhan 2010 ini.

Sementara saya pula, syukur dipanjatkan pada yang Esa kerana ini adalah kali pertama saya bakal menjalani ibadah puasa bersama anda dan rakan-rakan lain di blog ini.. Alhamdulilah dan terima kasih kerana sering berkunjung ke sini serta meninggalkan komen. Bulan Ramadhan yang penuh gandaan masa dan peluang-peluang terbaik ini datang lagi..

Pengurusan kewangan akan ‘tercabar’ dalam bulan ini. Mana tidaknya, budget untuk baju raya, kasut raya seisi keluarga, duit raya untuk adik-adik, anak saudara, sepupu, jiran, zakat fitrah dan pelbagai lagi perlu disediakan.

Mengharungi Ramadhan juga mendedahkan kita kepada pemborosan apabila singgah di bazar jualan setiap hari, Maklumlah berpuasa menyebabkan semua yang kita lihat nampak sedap belaka! Pelbagai jenis kuih-muih, lauk pauk, air minuman pasti menyebabkan kita ‘berpisah’ dengan duit tanpa sedar.

Jadi macam mana nak berjimat selama Ramadhan ini?

1) Masak sendiri makanan, sediakan minuman di rumah. Tiada yang lebih sedap dan berkat selain masakan ibu atau isteri anda untuk juadah berbuka. Percayalah.

2) Semak semula perbelanjaan harian, catat dan bandingkan dengan perbelanjaan semalam, samada semua yang kita beli dihabiskan atau membazir. Buat audit dan selaraskan pembelian keesoknya sekadar mencukupi. Elakkan singgah di bazar jualan setiap hari.

3) Senaraikan apa yang perlu dibeli, jangan beli ikut rasa mana kita suka. Beli apa yang tersenarai sahaja sebelum ke bazaar atau ke pusat membeli belah untuk mendapatkan persediaan raya.

4) Beli segala kelengkapan menyambut raya seawal mungkin. Kalau boleh dalam minggu ini juga. Kenapa? Semakin lewat anda membeli, semakin tinggi harga yang mereka tawarkan. Fikiran anda juga akan lebih dipengaruhi emosi jika membeli belah ketika raya makin hampir menjelang.

5) Terakhir sekali, selalu sematkan dalam ingatan bahawa kemeriahan hari raya itu bukanlah terletak pada persediaan atau barangan; tetapi pada suasana, ikatan, muhibbah dan roh ramadhan itu sendiri.

P/s Jangan ponteng puasa pula ya.. Hehee..

2 Responses to Tip Penjimatan Dalam Menjalani Ramadhan Al-Mubarak 2010

  1. musi says:

    Salam dan selamat memeriahkan almubarraq.
    1. Berpuasa adalah rawatan kepada sebarang masalah kesihatan(ubat), selepas tu kenalah amalkan rawatan ini secara berhemah kerana ini anjuran syariat kita.
    2. Betullah kata tuan tu, masak di rumah memang berkat. tak perlu ke pasar ramadhon, ini terhindar dari rambang mata kerana nafsu lapar dahaga, terbeli benda yg tak perlu.
    3. Bila dah penuh di tangan kanan dan kiri kerana berbelanja di pasar ramadhon tu, maka bahan bungkusan plastik terbuang pun banyaklah sampah pencemaran berlaku setiap hari sampai 30 hari kan banyak tu.

    Sekiranya masak di rumah kan terhindar tiga perkara lagi yang di atas ni. Kan macam2 penjimatan lagi kita peroleh. Betul kan?
    Artikel terkini daripada musi – MoneyBuzzOnline- Make money blogging

    [Balas]

  2. selamat berpuasa.. semoga kita banyak2 beribadah..
    Artikel terkini daripada Hidup Seorang Blogger – Hidup Seorang Blogger

    [Balas]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge