1 . Jan . 2012

Tips Keselamatan Perbankan Online Maybank2u Dan CIMB Bank

KALI ini saya akan kongsikan beberapa tips untuk mengelakkan diri daripada terjebak di dalam penipuan berkaitan perbankan Internet. Kita tidak mahu menjadi sebahagian daripada angka yang dilaporkan.

laman cimbclicks palsu

(Ia benar-benar mirip. Jika seseorang tidak berhati-hati dan tidak maklum hal penipuan perbankan Internet, dengan mudahnya akan memasukkan butiran seperti yang dikehendaki laman web palsu CIMB Bank ini.)

Saya percaya, hampir separuh daripada transaksi perbankan online di Malaysia didominasi oleh dua bank yang paling popular ini – Maybank melalui Maybank2u dan CIMB melalui CIMBClicks. Mungkin disebabkan mereka adalah pelopor awal dalam urusan perbankan Internet secara maya.

Seiring dengan peningkatan penggunaan dan kepercayaan terhadap perbankan online, pertambahan kes penipuan juga semakin naik. Penipuan melalui emel phising, SMS alert dan website palsu kerap dilaporkan pengguna.

Tips keselamatan perbankan online ini kebanyakannya saya petik daripada laman rasmi Maybank2u.com dan CIMB Bank.

Tahukah anda bahawa penggunaan WiFi networks di tempat awam adalah tidak selamat? Ini sebabkan oleh sambungan yang dikongsi bersama orang lain. Begitu juga dengan penggunaan komputer (PC) awam seperti kafe siber. Anda tidak digalakkan sama sekali melakukan transaksi perbankan melalui kedua-dua keadaan ini.

Untuk membuat transaksi sensitif seperti ini, anda digalakkan menggunakan komputer peribadi menggunakan sambungan Internet peribadi. Dan jangan lupa membuang cookies atau browser’s cache setiap kali sesi.

Penting:

1. Sentiasa taip secara manual di browser www.maybank2u.com.my untuk mengakes Maybank2u.com atau menaip www.cimbclicks.com.my untuk mengakses CIMB Bank.

2. Sebelum memasukkan user ID dan Password, selalu sahkan laman Maybank2u.com atau CIMB Bank menggunakan ‘Site Authentication’. Klik icon ‘kunci’ di bar address anda dan pastikan laman yang betul.

3. Jangan pautan melalui emel (yang dihantar kepada anda) ke Maybank2u.com atau CIMB Bank

4. Jangan login melalui sebarang pautan lain.

5. Jangan dedahkan PIN / Password / user ID anda kepada orang lain.

6. Pastikan Secureword dan secure phase betul sebelum login.

Jangan respon emel yang anda syaki sebagai penipuan. Penipu biasanya akan menghantarkan emel yang meminta anda mengemaskini maklumat seperti no. telefon atau alamat emel. Abaikan sahaja dan jangan muaturun apa-apa lampiran (jika ada).


panduan lengkap temuduga penolong penguasa kastam w27
>>Contoh Soalan & Jawapan Temuduga Sektor Awam!<<

Haruslah diketahui, bahawa Maybank2u.com atau CIMB Bank tidak pernah dan tidak akan menghantarkan sebarang emel meminta anda mengemaskini maklumat. Jika benar maklumat anda bermasalah, mereka akan menghubungi anda melalui telefon dan meminta anda datang terus ke cawangan terdekat untuk urusan tersebut.

Antara ciri emel yang mencurigakan dan mesti diabaikan:

- Memerlukan anda memasukkan maklumat peribadi secara terus melalui emel atau melalui laman web yang mirip Maybank2u.com atau CIMB Bank seperti dambar di atas.

- Memberi amaran akan menutup atau mengantung akaun anda sekiranya tidak memberi respon.

- Menyatakan akaun anda diceroboh atau kononnya ada transaksi yang tidak dibenarkan telah dilakukan di dalam akaun anda. Jadi meminta anda mengesahkan maklumat akaun anda.

- Memaklumkan kononnya pihak bank kehilangan maklumat keselamatan anda dan meminta anda update secara online.

- Meminta anda memasukkan nombor kad, password, user ID atau nombor akaun melalui pop-up window atau laman. 

Sekiranya anda pernah terbuat mana-mana perkara di atas, dengan segera hubungi:

CIMB Bank di talian 1-300-880-900 atau emel ke callcentre@cimb.com
Maybank2u.com melalui talian hotline di +603-5891 4744

CommentLuv badge