1 . Apr . 2010

Tips Menghadapi Sesi Temuduga

tips kewangan motivasi dan kesihatan

INI ada sikit tip untuk rakan yang akan menghadiri temuduga SPA awal April ini. Moga bermanfaat ya.. Saya mohon maaf sebab tidak sempat menyusunnya dengan kemas. Saya rangkumkan saja sekaligus di bawah.

tiptemuduga 300x212

“Sibuk sangat kerr?” Anda pun bertanya.

“Saya ka?” Saya tanya kembali pula (dengan pelat kelat Sabah).

“Yela sape lagi? Adehh..”

“Hmm.. Bolehlah.”

Saya terpaksa berikan tumpuan khas untuk satu cabaran affiliate berkaitan kerjaya yang akan berakhir lagi beberapa hari. Walaupun saya bukannya mengkhusus dalam niche ini tapi cuba dulu la. Saya terpaksa bermain dengan SEO (kerana itulah satu-satunya harapan yang saya ada). List pasal ni memang tiada.

Yakin boleh! Rakan Muda. InsyaAllah! Dimana ada kemahuan tu.. Ingat lagi tak. Hehee.. Baiklah. Baiklah saya sudah melencong jauh pula. Kita kembali kepada tips untuk menghadapi temuduga..

 

Berikut saya senaraikan;

-Sebaik mendapat surat temuduga, buat sedikit persiapan sebelum tiba tarikh temuduga.

-Kaji latar belakang organisasi yang menawarkan temuduga jawatan kosong kepada anda. Apakah urusan utama organisasi tersebut, berapa lama ditubuhkan, saiz organisasi, kaitan organisasi dengan anda, dan sebagainya.

-Buat kajian terperinci tentang jawatan yang ditawarkan. Kenapa jawatan itu diwujudkan, peranan utama jawatan, pengetahuan yang perlu ada untuk mengisi jawatan tersebut, dan mengapa anda rasa anda diperlukan untuk mengisi jawatan tersebut.

-Sebaliknya jika anda rasa kurang selesa, cuba cari tawaran lain dan lupakan temuduga tersebut, melainkan anda memang terdesak untuk meneruskan kehidupan anda sehari hari.

-Pada hari temuduga, bangun awal. Banyak perkara yang harus anda lakukan sebelum pergi ke tempat temuduga, dengan tenang dan tidak gopoh gapah.

Bukan SATU Tapi EMPAT eBook Percuma!

-Tali leher bagi lelaki adalah wajib. Kesilapan utama dalam pemakain kemeja  adalah anda melipat lengan baju anda itu sewaktu ditemuduga. Maka, elakkan melipat lengan baju walaupun panas ketika itu kerana ia menjeaskan penampilan anda. Biarkan lengan kemeja anda berbutang.

-Selepas mandi (korang jangan tak mandi pula), bagi lelaki, wajib memakai baju kemeja lengan panjang lengkap dengan tali leher, tidak kira bagi jawatan apa sekalipun. Bagi perempuan, kenakan pakaian yang sopan dan semestinya menutup aurat.

-Waspada dengan haruman. Elakkan memakai bau-bauan yang keterlaluan. Sikit-sikit sudahlah. Bau-bauan ini boleh mengakibatkan markah anda ditolak seandainya penemuduga terhidu perfume anda sewaktu proses temuduga dijalankan. Ia boleh mengundang ketidakselesaan. Bau yang lembut dan tidak menggaggu adalah amat sesuai.

-Dapatkan gambaran isu semasa. Para remaja biasanya kurang berminat untuk mengetahui isu semasa, terutama bab politik dan ekonomi. Kerana ianya membosankan dan tidak seseronok tabloid Metro Harian.

-Namun, untuk hari temuduga, korbankan sedikit ketidakselesaan itu. Selepas bersarapan ala kadar, ambil masa baca suratkhabar atau dengar radio. Paling baik kalau dapat tonton dengan Buletin Pagi di TV3, sambil sarapan pun boleh dengar.

-Kalau tak dapat tonton TV, baca suratkhabar utama seperti Berita Harian, Utusan, New Straits Times, The Star, dan sebagainya.

-Baca topik-topik semasa, politik, ekonomi, dan isu-isu kerajaan serta berita yang mempunyai kaitan dengan jawatan anda jika ada.

-Penemuduga biasanya berminat dengan calon yang mempunyai kepekaan dan keprihatinan terhadap persekitaran hidup masyarakat keseluruhan, terutama dari segi fizikal, sosial, ekonomi, pentadbiran serta politik.

-Sebelum meninggalkan rumah, pastikan anda membawa bersama surat panggilan temuduga serta dokumen-dokumen yang diisyaratkan dalam surat panggilan temuduga.

-Buatkan satu ‘check-list‘ ringkas supaya tiada yang tertinggal melainkan tapak kaki.

-Pastikan anda tiba sebelum masa yang ditetapkan. Aspek masa amat dititikberatkan dalam sesebuah program temuduga.

-Setibanya anda di lokasi, tenangkan diri dan relaks.. Jangan sombong (senyum dengan semua orang) biar Nampak ramah tapi tunjukkan karisma dan keperibadian tinggi anda..

 

P/s Untuk rakan-rakan lain yang akan duduk peperiksaan bertulis memasuki perkhidmatan awam Gred 41 pula. Ini ada satu pakej rujukan yang lengkap untuk persediaan anda.

P/s/s Saya doakan anda lulus temuduga dan yang lain itu lulus peperiksaan bertulis. Anda pula doakan saya berjaya menjadi Top 10 cabaran affiliate itu ya.. Kita saling mendoakanlah antara satu sama lain. Terima kasih. ;p

468x60

Kongsikan pendapat anda melalui komen dan terima kasih kerana membaca post ini.


This post specially brought to you by



--> Cepat! Aneka Produk Wanita Pada Harga Istimewa! <--

Tidak mahu terlepas post terkini? Saya akan ingatkan anda melalui email! Tapi jangan lupa klik 'Link Pengesahan Langganan' anda. Sila rujuk artikel ini dahulu untuk caranya. Selepas itu masukkan alamat email anda di bawah dan klik hantar:

Dibawakan khas oleh FeedBurner.

2 Komen Untuk – Tips Menghadapi Sesi Temuduga
  1. affodactasodo 25th January 2011 9:55 pm

    sangat menarik, terima kasih

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    sama2.. :)

    [Balas]

CommentLuv badge