19 . Mar . 2011

Wang Tersembunyi: Menjana & Menjimat Wang Di Luar Jangkaan Anda!

tips kewangan motivasi dan kesihatan

KEPADA para pembaca blog ini, saya fikir masih ramai yang belum tahu bahawa selain menulis blog saya juga menulis buku.

“Apa? Buku?!”

“Iya.. Buku.”

“Ko biar betul?”

“Kenapa? Tak percaya ea?”

buku wang tersembunyi dan penulisnya

(Bersama dengan buku pertama saya iaitu Wang Tersembunyi semasa di MPH Johor Bahru)

Dan bukannya buku fiksyen seperti novel kerana saya memang tidak pandai bermadah pujangga atau melakar kata-kata indah berpuitis, akan tetapi buku kewangan! Bukan satu, tapi dua buah buku kewangan yang sudah berlegar di pasaran Malaysia saat ini.

“Jadi buku mana satu yang hendak awak ceritakan kali ni?”

Blog khas untuk bakal-bakal PTD Gred M41

Buku pertama saya, Wang Tersembunyi – Bagaimana Menjana Dan Menjimat Wang Di Luar Jangkaan! Buku ini simple tetapi memakan masa yang agak panjang untuk saya siapkan (hampir setahun). Ini kerana saya menjalani sendiri kebanyakan tip, taktik dan petua yang saya ceritakan di dalam buku ini.

“Apa yang saya perolehi daripada buku awak?”

Buku ini memberikan jaminan bahawa anda tidak tersilap membelinya. Tidak sama sekali. Anda tidak tersilap. Malah kemungkinan besar ini adalah satu-satunya buku seumpamanya yang mempunyai jaminan bahawa anda telah membeli dengan bijak. Dengan membeli buku ini (dan pastinya membaca dengan teliti dan mengambil sebahagian besar saranan dan manfaat daripada buku ini), anda sebenarnya telah terlabur dengan tidak sengaja wang anda dengan betul, dan seperti pelaburan-pelaburan baik yang lain, ia pastinya akan menghasilkan pulangan yang tinggi.

 

Di dalam buku’ Wang Tersembunyi’ ini anda akan memperolehi:

1. Tujuh tanggapan silap berkenaan penjimatan – Jadi anda tidak akan menjadi sebahagian daripada mereka.
2. Mengubah sama sekali pandangan anda tentang penjimatan selama ini.
3. Menyenaraikan 11 keuntungan penjimatan – yang pastinya membawa ribuan ringgit kepada anda.
4. Pelbagai tips mudah dan praktikal menjimatkan wang di tempat yang anda sendiri tidak sangka atau terfikir pun.
5. Sembilan langkah istimewa mendidik anak-anak menjimatkan wang.
6. Beberapa kaedah terbaik menyelamatkan wang anda dari mengalir keluar melalui pembaziran.
7. Beberapa langkah berkesan mengawal perbelanjaan anda.

 

Saya ada menyentuh kesemua teknik penjimatan yang diperlukan di dalamnya termasuklah penjimatan air, penjimatan elektrik, penjimatan minyak kereta dan sudah tentu penjimatan wang.

Dengan mengeluarkan sedikit wang untuk harga buku ini pastinya, anda akan mendapat kembali nilai wang anda dengan tips, cara mudah dan berguna menghalang pengaliran wang anda yang belum, sedang dan akan dibazirkan pada masa depan.

Boleh didapati di kedai buku berhampiran. Jika mahu mendapatkan buku ini secara online, boleh ke laman rasmi penerbit di Bookplanet.com.my atau melalui kedai buku online MPH di MPHonline.com

Diharap anda beroleh sedikit manfaat dan terima kasih kerana membaca post ini.


This post specially brought to you by



--> Mencari Tudung Bawal, Thai Silk Dan Awning Paling Cantik? <--

Mungkin ini adalah kali terakhir anda ke sini. Jadi sebelum meninggalkan blog ini, sertailah komuniti pembaca kami. Anda akan selalu dikirimkan dengan artikel terbaru dan tidak akan pernah ketinggalan. Isikan emel anda di bawah dan jangan lupa sahkan 'Link Pengesahan Langganan' yang dihantar..

Dibawakan khas oleh FeedBurner.

2 Komen Untuk – Wang Tersembunyi: Menjana & Menjimat Wang Di Luar Jangkaan Anda!
  1. nasha 26th December 2011 7:00 pm

    buku wang tersembunyi…blh memberi tips ke..utk mencari duit online…sperti mana berkerja di rumah sahaja…bgi saya idea…nk buat duit dgn berinternet sahaja…

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Tidak Nasha. Buku ini bukan tentang bisnes online. Ia adalah sebuah buku kewangan.. :)

    [Balas]

CommentLuv badge