Ternakan Ikan Tilapia Dalam Tangki

Umum mengetahui akan potensi menternak ikan tilapia. Mana tidaknya, ia merupakan ikan yang amat sesuai dibela pada suhu akuakultur yg sederhana. Spesies ini amat mudah dipelihara. Hanya menggunakan jenis makanan semulajadi atau buatan, gigih bertahan dalam kualiti air yg tidak kondusif dan cepat membesar. Ini semua boleh dilakukan di belakang rumah sahaja dengan menggunakan tangki sebagai kolam ternakan tilapia. Jadi, jom kita lihat cara-cara menjalankan ternakan ikan tilapia dalam tangki pada kali ini.

Ternakan Ikan Tilapia Dalam Tangki

Habitat buatan

Ikan ini tidak terlalu ‘demand’. Dia asal boleh saja. Habitat atau tempat tinggal ikan tilapia ini boleh disediakan mengikut kemampuatan dan poket anda. Kalau mahu menternak secara kecil-kecilan atau hanya hendak dijadikan sebagai ikan hiasan, anda cuma perlu menyediakan sebuah atau beberapa buah akuarium sahaja.

Tapi kalau untuk dijadikan sebagai sumber pendapatan, anda boleh ternak ikan ini di dalam polytank atau kolam kanvas.

Kalau ikut pengalaman kawan, beliau hanya menggunakan tangki biru terpakai. Beliau sudah tidak menggunakannya lagi. Sekiranya anda ada tangki biru ini, apa yg perlu anda lakukan hanya menebuk lubang untuk overflow air pada paras yg sesuai.

Anda boleh letakkan habitat buatan ini sama ada di dalam atau di luar rumah. Selalunya, orang yg menjalankan ternakan ikan tilapia dalam tangki ini akan meletakkan tangki-tangki di halaman rumah. Ada juga sesetengahnya memilih halaman belakang. Ikut di mana ada ruang yg boleh menempatkannya.

Pilihan habitat buatan lain ialah kolam kanvas. Habitat jenis ini memerlukan kos yg lebih kecil. Tambahan pula, ianya lebih ringan dan mudah untuk dipindahkan sekiranya perlu. Sama juga halnya dengan tangki, kolam kanvas ini juga perlu anda buat saluran overflow.

Untuk yg lebih serius dan mahu menjadikan ternakan ikan tilapia ini sebagai sumber pendapatan utama. Adalah lebih elok kalau ia diternak di dalam kolam tanah. Jumlah benih ikan juga boleh digandakan berbanding di dalam tangki. Anda boleh rujuk lebih lanjut mengenai cara buat kolam ikan tilapia ini.

Kualiti air

Setelah habitat buatan itu sudah ada, seterusnya kini ialah berkenaan air utk ikan tilapia pula. Ikan ini mempunyai ketahanan tubuh yg lebih baik daripada ikan-ikan air tawar yg lain. Terutamanya terhadap tahap kemasinan air yg tinggi. Ia juga mampu bertahan dalam keadaan suhu air yg tinggi.

Bukan itu sahaja, tilapia juga berupaya hidup dalam keadaan oksigen terlarut yg rendah. Bahkan, boleh survive dalam air yg berkepekatan amonia yg tinggi. Memang tahan lasaklah ikan ni.

Bagaimanapun, untuk ikan ini hidup dengan baik penternak harus pastikan suhu air berada di antara 50 – 52 darjah celsius. Sumber air yg paling baik digunakan ialah daripada sumber air bukit atau air sungai. Ini kerana, kedua-dua air daripada sumber ini memiliki jumlah nutrien dan oksigen terlarut yg amat baik.

Namun, kebanyakan kita tidak mempunyai akses kepada dua sumber air ini. Jadi sebagai alternatif, anda juga boleh gunakan air paip (yg mengandungi klorin tu) untuk dijadikan sumber air bagi tujuan ternakan ikan tilapia dalam tangki. Tetapi dengan syarat, air paip ini mestilah dialirkan ke dalam tangki ternakan menggunakan 2 pam filter selama 24 jam.

Ini bertujuan untuk meruapkan klorin keluar daripada air. Di samping, bakteria baik daripada filter itu berperanan membantu mempercepatkan lagi peneutralan air.

Pam air

Bagi tangki biasa yg digunakan di rumah, anda boleh menggunakan pam air daripada apa-apa jenama pun. Sebagai contoh Shanda SDP 2800 dengan kapasiti 1800l/h sudah memadai untuk mengalirkan pusingan air di dalam tangki.

Jangan risau, pam air adalah jimat tenaga elektrik. Ada yg sehingga 30 peratus. Contoh tadi, dengan 1800l/h pam ini hanya memerlukan 10.4 watt sahaja.

Pam ini akan bertindak membekalkan oksigen terlarut. Kadar oksigen terlarut yg tinggi akan membantu ikan tilapia anda membesar dengan sihat dan kuat.

Satu lagi, gunakan kapas filter akuarium untuk menapis sisa makanan. Ini akan mengurangkan kehadiran amonia di dalam air hasil daripada najis ikan dan lain-lain. Jangan ambil mudah, kerana kandungan amonia yg tinggi di dalam air boleh menyebabkan tilapia mati.

Satu lagi solusi, tambahkan suku daripada air tangki dengan air paip yg baru untuk mengurangkan kandugan amonia.

Makanan

Makanan ikan tilapia ini amatlah mudah. Hanya guna pallet ikan sahaja. Selain itu, anda juga boleh memberikan kangkung liar.

Spesies tilapia adalah daripada pemangsa omnivor. Ia bermaksud, diet ikan ini terdiri daripada tumbuhan seperti duckweed, algae, rumpai, akan ikan, cacing dan lain-lain.

Kalau nak ikan cepat basar, anda juga boleh berikan pallet yg mengandungi tinggi protien.

Kesimpulan

Ikan ini memang best utk dibela. Amat mudah dan tidak banyak karenah. Tumbesaran pesat. Pembiakannya juga cepat. Ini membuatkan bisnes ikan tilapia ini cepat memberikan pulangan.

error: Content is protected !!